My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 April 2017

    Razak 1 Melancarkan Projek KVDT


    Secara amnya, di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, antara projek pembangunan yang cukup diberi perhatian oleh beliau adalah pembangunan secara komprehensif sistem rel di seluruh Semenanjung Malaysia.

    Hari ini, kita dapat lihat betapa pesatnya pembangunan sistem pengangkutan rel di Malaysia seperti siapnya Projek MRT fasa 1, rancangan pembinaan High Speed Rail Bandar Malaysia-Singapura, projek ETS ke Padang Besar, projek ERL yang mengubungkan Pantai Barat ke Pantai Timur Semenanjung dan banyak lagi.

    Antara projek yang masih berjalan adalah projek menaik taraf landasan kereta api berkembar elektrik yang kini sedang giat dijalankan. Projek itu meliputi kerja membaik pulih landasan sepanjang 42 kilometer antara Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu, di sini untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kereta api.

    Projek ini sebenarnya meliputi kereta api Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi kemudahan rakyat negara ini. Bagi melicinkan kerja projek ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini telah melancarkan satu jentera canggih yang di beri nama Razak 1. Pengumuman ini dibuat beliau sewaktu melawat projek itu di KL Sentral sebentar tadi.

    Jentera canggih dijangka akan banyak membantu melicinkan pembinaan projek infrastruktur Landasan Kereta api Berkembar Lembah Klang (KVDT). Menurut beliau, projek ini sejajar transformasi pengangkutan awam terutama di Lembah Klang, sejajar Transformasi Nasional 2050 (TN50).

    Projek ini dilaksanakan dalam dua fasa dengan peringkat pertama bernilai RM1.41 bilion. Projek berkenaan mencakupi kerja menaik taraf 16 stesen sepanjang laluan berkenaan melitupi sistem semboyan dan elektrik yang giat dilaksanakan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Razak 1 Melancarkan Projek KVDT Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top