My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 15 April 2017

    Sarawak Berhasrat Perkenal Kereta Api Elektrik



    Sarawak sedang mengkaji kesesuaian penggunaan kereta api elektrik bagi meningkatkan lagi keupayaan pengangkutan awam di negeri itu. Penggunaan pengangkutan awam moden itu antara idea baharu Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg yang ketika ini sedang dalam rangka lawatan kerja di London. 

    Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Abang Johari menyatakan hasrat untuk memperkenalkan kereta api elektrik itu selepas mengadakan lawatan ke UK Office of Low Emission Vehicles di London, hari ini.

    Ia antara sebahagian daripada rancangan pelaksanaan projek strategik di negeri ini untuk memantapkan lagi ekonomi digital yang akan menjadi teras pembangunan negeri menjelang 2030.

    Abang Johari dalam ucapan selepas mendengar taklimat di UK Office of Low Emission Vehicles berkata, sebagai persediaan untuk memperkenalkan pengangkutan awam itu di Sarawak, beliau akan mendapatkan maklumat sepenuhnya mengenai operasi kereta api elektrik di Britain.

    "Kita mahukan maklumat mengenai teknologi serta infrastruktur yang diperlukan untuk menggerakkan kereta api elektrik," katanya. Baru-baru ini, beliau mengumumkan hasrat kerajaan negeri untuk memperkenalkan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) untuk menghubungkan Kuching dengan Serian dan Kota Samarahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sarawak Berhasrat Perkenal Kereta Api Elektrik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top