My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 11 April 2017

    Sedia Dana RM3j


    Perbadanan Nasional Berhad (PNS) memperuntukkan pelaburan RM3 juta bagi pelaksanaan skim sewaan trak makanan membabitkan penyediaan 20 trak bermula suku kedua tahun ini. 

    Pengarah Urusannya Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, peruntukan itu membabitkan pembelian trak makanan sebelum diubah suai mengikut keperluan khusus usahawan yang layak.

    “Kami menerima sambutan menggalakkan bagi skim ini dengan kebanyakan pemohonan datang daripada usahawan sektor makanan dan minuman, namun kami terbuka jika ia datang daripada segmen perniagaan lain,” katanya selepas taklimat pelan strategik PNS 2017.

    Beliau berkata, skim itu adalah inisiatif yang diwujudkan PNS bagi memberi peluang kepada usahawan baru menjalankan perniagaan memandangkan kos untuk memulakan perniagaan tinggi terutama membabitkan kos penyewaan kedai.

    Menurutnya, perkembangan skim itu masih di peringkat awal dan pihaknya kini dalam proses merangka polisi berkaitan skim itu bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik apabila dimulakan nanti.

    Katanya, PNS akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan usahawan terbabit dapat menjalankan perniagaan masing-masing.

    “Selain itu, kami juga akan bekerjasama dengan francais dan francaisor yang memiliki kepakaran dan pengalaman untuk menggalakkan perniagaan seumpama ini, sekali gus dapat memberi bimbingan dalam aspek pengurusan perniagaan,” katanya.

    Beliau berkata, pihaknya tidak keberatan memperuntukkan jumlah pelaburan lebih tinggi jika terdapat permintaan daripada usahawan tempatan.

    “Kami akan cuba membantu usahawan tempatan berdasarkan kemampuan kami dan skim ini akan dimulakan dengan penyediaan 20 trak makanan terlebih dulu meskipun kami memiliki keupayaan untuk menyediakan lebih banyak trak dengan rakan kerjasama kami,” katanya.

    Tahun ini, PNS memperuntukkan RM28 juta bagi memberi fokus pengukuhan kepada program francais dan pembangunan keusahawanan serta pengembangan jenama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sedia Dana RM3j Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top