My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 22 April 2017

    Terima Kasih Adam Rosly Dedahkan Selangor Sebagai Lubuk Kegiatan Haram


    Bukan satu perkara yang menjadi rahsia bahawa sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan negeri Selangor, pusat-pusat kegiatan haram seperti rumah-rumah urut dan persudalan, kedai-kedai mesin judi haram dan skim pinjaman haram ah long, cukup berleluasa di negeri ini. 

    Walaupun ada pihak seperti Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus cuba mendedahkan kegiatan haram ini, namun apa yang mendukacitakan, tidak ada tindakan yang benar-benar komprehensif diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak berkuasa bagi membasmi kegiatan ini.

    Mereka bergiat aktif seolah-olah kegiatan mereka ini dilindungi oleh kerajaan negeri sehingga kadang kala dilihat begitu kebal dan sewenang-wenangnya menjalankan kegiatan haram mereka. Lebih hebat lagi, walaupun sudah di wartakan sebagai kegiatan kewangan haram, namun skim pinjaman haram ah long kekal berleluasa dan telah menjerat ramai orang.

    Jika sebelum ini, kegiatan haram seumpama ini dapat disembunyikan, namun, setelah penangkapan anak muda "terlajak" kaya, Adam Rosly baru-baru ini, kegiatan haram pemberi pinjaman ah long ini secara tidak sengaja telah di bongkarkan oleh Adam Rosly.

    Semuanya kerana pengakuan "jujur" Adam Rosly yang mendakwa telah meminjam RM 500 ribu dari ah long untuk membina rumah banglo ala Disneyland di Ampang. Secara logiknya, adakah ah long yang mahu memberi pinjaman kepada seseorang individu dalam jumlah yang besar tanpa mencagarkan apa-apa? Berapakah bunga dan berapakah bayaran sebulan yang terpaksa di bayar Adam?

    Apabila Adam Rosly mendedahkan bahawa dia ada membuat pinjaman dengan ah long, timbul persoalan, adakah skim pinjaman haram ah long ini dibenarkan di bawah pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali? Bukankah sebelum ini, Bank Negara Malaysia dan PDRM serta KDN telah mewartakan sindiket ah long ini sebagai kegiatan haram?

    Nampaknya, kegiatan seperti ini seperti diizinkan oleh kerajaan negeri. Lebih mendukacitakan, kegiatan ah long ini juga dilihat seperti dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa. Bukan setakat ah long, rumah-rumah persundalan dan pusat judi haram juga terlalu kebal untuk diusik oleh pihak berkuasa tempatan mahupun pihak berkuasa. Persoalannya, sampai bila?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Terima Kasih Adam Rosly Dedahkan Selangor Sebagai Lubuk Kegiatan Haram Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top