My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 May 2017

    7-Eleven Pertama Guna Alipay



    7-Eleven Malaysia Berhad (7-Eleven), muncul peruncit pertama di Malaysia yang menerima pembayaran secara e-dompet Alipay, sekali gus menyasarkan lebih ramai pelancong dari China akan membeli barangan di rangkaian kedai serbaneka berkenaan. 

    Ketua Pegawai Eksekutifnya Gary Brown berkata, 7-Eleven mula menerima Alipay pada 12 Mei lalu dan 94 peratus daripada 2,100 premisnya di seluruh negara menggunakan sistem berkenaan. “Semua premis kami mula menggunakan Alipay dalam masa dua hari lagi.

    Di China, sistem pembayaran itu menjadi saluran beli-belah dan kami berharap ia mendapat sambutan baik memandangkan ramai pelancong China berkunjung ke negara ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran e-dompet mudah alih Alipay di premis 7-Eleven Bukit Bintang di sini, semalam, yang dirasmikan pengasas Berjaya Corporation, syarikat yang menjadi pemegang majoriti 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

    Brown berkata, usaha pemasangan sistem pembayaran itu tidak memerlukan modal tinggi kerana ia boleh beroperasi dengan terminal MOL sedia ada berikutan kerjasama strategik 7-Eleven dengan MOL Global Inc, penyedia teknologi khidmat pembayaran dalam premis.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 7-Eleven Pertama Guna Alipay Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top