My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 May 2017

    Bakti UNIMAS Di Tanah Kemboja


    FAKULTI Sains dan Perubatan UNIMAS terbang ke Kemboja bersama enam pakar perubatan untuk memberikan rawatan percuma dan menyampaikan bantuan Ramadan. Program Outreach Kesihatan Komuniti itu diadakan pada 9 hingga 15 Mei lalu.

    Rombongan itu Program itu diketuai ahli Lembaga Pengarah UNIMAS, Michael Wong dan diadakan sempena dengan ulangtahun ke 25 universiti itu. Antara progam yang dijalankan semasa progaram ini adalah klinik mata bergerak – saringan mata untuk warga tua seramai 1,000 orang dan pengagihan 300 cermin mata di Chroy Changvar District dan Koh Thom A Commune, Kandal Province.

    Selain itu, lawatan rasmi ke Department of Higher Education Director General dan Health Sciences University di Phnom Penh, ceramah pendidikan kesihatan dan pengagihan health promotion kit di sekolah rendah di Chroy Changvar District dan Koh Thom A Commune, Kandal Province.

    Rombongan ini juga turut terbabit dalam pengagihan soft toys untuk kanak-kanak miskin di Chroy Changvar District dan Koh Thom A Commune, Kandal Province dan pengagihan 600 bungkusan makanan Ramadhan di masjid Chroy Changvar District dan masjid Kandal Province.

    Turut serta dalam rombongan ini adalah pakar perubatan seperti  Prof Dr Ahmad Hata Rasit – Dekan dan Pakar Bedah Ortopedik,  Prof Dr Kamarudin Kana – Pakar Perubatan Keluarga,  Prof Dr Mohammad Zulkarnean Ahmad Narihan – Pakar Patologi,  Prof Dr Lim Lik Thai – Pakar Ofthalmologi,  Dr Ehfa Bujang Safawi – Pakar Bedah Plastik dan Dr Nariman Singmamae – Pakar Perubatan Kecemasan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bakti UNIMAS Di Tanah Kemboja Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top