My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 19 May 2017

    Celcom Axiata, Ericsson Laksana Ujian Pertama 5G Malaysia



    Teknologi telekomunikasi negara dijangka memasuki proses evolusi kepada tahap baru secara keseluruhan apabila Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata) dan Ericsson melaksanakan ujian pertama 5G Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Michael Kuehner berkata, pihaknya sentiasa komited dalam membangun dan meneruskan evolusi rangkaiannya dengan teknologi terkini serta membawakan pengalaman digital terbaik kepada rakyat Malaysia.

    “5G sangat penting kepada Celcom Axiata kerana ia akan menyokong pembangunan dan memenuhi keperluan komunikasi pengguna serta pendigitalan pelbagai industri. Penting bagi kami untuk meneroka teknologi generasi baru ini dan keupayaannya dengan rakan kongsi global seperti Ericsson,” katanya.

    Beliau berkata, banyak lagi ujian perlu dilakukan daripada aspek teknikal selain perbincangan berterusan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi aspek kawal selia.

    Pelaksanaan penuh rangkaian itu kepada pengguna di Malaysia disasarkan antara 2020 hingga 2025, manakala pengguna global pula boleh menikmati pengalaman itu seawal Februari 2018 ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan dan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo pada 2020.

    Sesi ujian pertama 5G yang diadakan itu dirasmikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

    Presiden Ericsson Malaysia dan Sri Lanka Todd Ashton berkata, kerjasama dengan Celcom Axiata itu bagi menunjukkan sokongan Ericsson terhadap Malaysia dalam menuju ke arah pelaksanaan 5G susulan kejayaan Pusat Inovasi 5G yang ditubuhkan tahun lalu dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Celcom Axiata, Ericsson Laksana Ujian Pertama 5G Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top