My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 19 May 2017

    Chris Cornell Sudah Tiada



    PENYANYI kumpulan grunge popular, Soundgarden iaitu Chris Cornell meninggal dunia dalam usia 52 tahun di Detroit, Amerika Syarikat, awal pagi semalam (waktu Malaysia). Wakil Cornell, Brian Bumbery dalam kenyataannya berkata, Cornell yang juga penyanyi kumpulan Audioslave itu meninggal dunia secara mengejut. 

    “Isteri Cornell, Vicky serta keluarganya masih terkejut dengan pemergiannya secara mengejut dan tidak disangka-sangka. Mereka akan bekerjasama dengan pasukan perubatan bagi mengenal pasti punca kematiannya. Mereka juga berterima kasih kepada peminat yang terus menyayanginya dan meminta semua pihak menghormati hak privasi keluarga mereka,” katanya.

    Bersama Soundgarden yang ditubuhkan pada 1984 di Seattle, Amerika Syarikat, Cornell adalah antara pengasas muzik grunge yang mencetus fenomena pada awal 1990-an.

    Soundgarden adalah antara kumpulan grunge popular dunia selain Nirvana, Pearl Jam, Alice In Chains, The Melvins dan banyak lagi. Selain Cornell, Soundgarden turut dianggotai Kim Thayil (gitar), Matt Cameron (dram) dan Ben Shepherd (bass).

    Kumpulan ini pernah memenangi Grammy Awards menerusi single Black Hole Sun dan Spoonman pada 1995. Album keempat mereka, Superunknown pada 1994 mencatat kejayaan besar apabila menduduki tangga pertama dalam carta Billboard. Soundgarden berpecah pada 1997 dan Cornell kemudian menganggotai Audioslave dan aktif sebagai penyanyi solo.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Chris Cornell Sudah Tiada Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top