My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 19 May 2017

    'Dewi' Dihukum



    Bekas ahli kumpulan dangdut Dewi yang popular sekitar 90-an, Irene dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dua pertuduhan memiliki syabu dan pil Erimin 5, lima tahun lalu. 

    Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Irene atau nama sebenarnya, Noor Azreen Mohd Johari, 37, selepas dia mengaku bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

    Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Irene didakwa memiliki dadah masing-masing jenis methamphetamine (syabu) seberat 0.28 gram dan nimetazepam (Erimin 5) seberat 0.95 gram. Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Cangkat Permata, Taman Permata, di sini, jam 1.30 pagi pada 9 Oktober 2012.

    Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama. Terdahulu, Irene yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia hanya bekerja sebagai pekerja sambilan di sebuah syarikat telekomunikasi dan perlu menanggung enam anak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Dewi' Dihukum Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top