My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 May 2017

    Dua Warga Malaysia Antara 141 Ditahan Sertai Parti Gay



    Polis Indonesia menahan 141 lelaki termasuk dua rakyat Malaysia kerana menyertai parti gay di sebuah pusat sauna, kata seorang pegawai semalam, petunjuk terbaharu tentangan terhadap golongan homoseksual di negara berkenaan yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia. 

    Pasukan polis menyerbu sebuah bangunan dikenali sebagai Atlantis di Jakarta yang menempatkan sebuah gimnasium dan sauna lewat kelmarin. Polis kemudian menghentikan acara itu yang dikenali sebagai The Wild One.

    Gambar yang tersebar di internet menunjukkan lelaki-lelaki tidak berbaju sedang duduk di dalam sebuah bilik yang sesak bersebelahan peralatan gimnasium semasa serbuan polis. “Pegawai kami melakukan penyamaran dan menyerbu lokasi ini,” kata seorang detektif kanan yang mahu dikenali sebagai Nasriadi kepada agensi berita AFP.

    Hubungan homoseksual sah di sisi undang-undang Indonesia kecuali di wilayah Aceh, tetapi Nasriadi berkata, 10 daripada mereka yang ditahan dalam serbuan tersebut boleh didakwa di bawah undang-undang antipornografi.

    Antara yang akan didakwa, katanya, termasuk penganjur acara tersebut selain lelaki yang disyaki menjadi pelacur dan penari bogel dalam parti liar itu. Mereka boleh dihukum penjara 10 tahun sekiranya didapati bersalah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Warga Malaysia Antara 141 Ditahan Sertai Parti Gay Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top