My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 May 2017

    Gelaran La Liga Paling Utama



    Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane menyifatkan kejayaan skuadnya menjulang gelaran juara La Liga musim ini adalah pencapaian yang paling bernilai baginya serta para pemain. 

    Ini kerana menurut pemain legenda Perancis serta Real tersebut, pencapaian yang dilakarkan itu bukan sahaja berjaya menamatkan dominasi musuh tradisi, Barcelona, namun ia juga turut menamatkan penantian Real selama lima musim berturut-turut.

    “Saya sangat gembira dengan kejayaan ini. Selepas mengharungi 38 perlawanan, kami akhirnya menamatkan saingan di kedudukan pertama liga. Ia juga suatu pencapaian yang menakjubkan. Objektif dan sasaran saya adalah untuk meraih trofi kejuaraan liga kerana kami sudah lama tidak meraih gelaran ini. Menjadi juara La Liga adalah segala-galanya bagi kami.

    “Secara peribadi, saya menyifatkan bahawa saingan pada kancah La Liga adalah yang paling sukar sekali di atas muka bumi ini. Semua pasukan yang terlibat memiliki kekuatan dan kelebihan yang berbeza-beza sehingga menyukarkan kami untuk meraih kemenangan,” katanya.

    Pada aksi yang berlangsung di Estadio La Rosaleda awal pagi semalam, Real yang hanya memerlukan keputusan seri untuk meraih gelaran juara memulakan aksi dengan rancak sehingga berjaya di depan seawal minit kedua menerusi percubaan penyerang, Cristiano Ronaldo.

    Menjelang minit ke-55, penyerang, Karim Benzema berjaya meledakkan gol kedua untuk Real yang mana keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan. Sebagai rekod, Real yang turut berpeluang meraih trofi kedua pada aksi final Liga Juara-Juara telah menamatkan saingan liga dengan mengumpul 93 mata, lebih tiga mata berbanding Barcelona yang berada di kedudukan kedua.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gelaran La Liga Paling Utama Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top