My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 20 May 2017

    Harga Ayam Dikawal Sempena Hari Gawai



    Masyarakat Dayak yang bakal menyambut Pesta Gawai tidak perlu bimbang tentang kenaikan harga ayam tua hidup kerana ternakan itu akan disenaraikan sebagai barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Pesta Kaamatan dan Gawai di Sabah serta Sarawak. 

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, terdapat 13 barangan ke­perluan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ketika sambutan pesta keraian utama di dua negeri ber­kenaan.

    Beliau berkata, skim kawalan harga itu berkuat kuasa selama seminggu mulai 25 hingga 31 Mei ini di Sabah manakala 27 Mei hingga 2 Jun depan bagi Sarawak. “Antara barangan keperluan termasuk dalam senarai 13 harga kawalan ini adalah ayam tua hidup yang kerap digunakan oleh penduduk Sarawak semasa me­raikan pesta Gawai.

    “Ayam tua digunakan untuk memasak hidangan tradisional iaitu ayam pansuh yang cukup popular semasa sambutan pe­rayaan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai di sini, hari ini. 

    Menurut Hamzah, disebabkan permintaan yang tinggi o­leh pengguna, maka kerajaan menyenaraikan ayam tua hidup sebagai barangan kawalan di bawah skim tersebut bagi mengelak peniaga menaikkan harganya sehingga membebankan masyarakat Dayak yang meraikan Hari Gawai.

    Mengulas lanjut beliau berkata, di bawah skim kawalan itu, penentuan harga maksimum dibuat di peringkat pengeluaran bagi ayam, telur dan khinzir. “Harga runcit bagi ayam hidup ditetapkan dari RM6.60 sehingga RM8.70 sekilogram bagi Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.

    “Telur ayam gred A pula dijual bermula 38 sen hingga 42 sen sebiji, kubis bulat import (RM4 hingga RM6 sekilogram) dan da­ging khinzir (RM18 hingga RM20 sekilogram)," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Harga Ayam Dikawal Sempena Hari Gawai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top