My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 11 May 2017

    Jurulatih Baharu Harimau Malaya Diketahui Sabtu



    JURULATIH baharu skuad Harimau Malaya bakal diketahui selewat-lewatnya Sabtu ini. Demikian tegas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam. Menurut Hamidin, pihaknya akan membuat pengumuman rasmi sebaik mendapat persetujuan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

    Pengendali baharu skuad Harimau Malaya itu dikatakan berasal dari Portugal dan FAM telah mencapai kata sepakat dengan jurulatih tersebut. “Selepas mendapat perkenan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail, kami akan mengumumkan nama jurulatih baharu skuad kebangsaan selewat-lewatnya Sabtu ini.

    “Apa yang boleh saya katakan setakat ini adalah calon jurulatih tersebut berasal dari Portugal dan ketika ini kedua-dua pihak sedang memperhalusi segala dokumen kontrak sebelum keputusan muktamad dibuat.

    “Setakat ini, jurulatih tersebut sudah mencapai kata sepakat dengan pihak FAM,” jelas Hamidin semalam.

    Pada masa yang sama, Hamidin juga menafikan spekulasi bahawa jurulatih baharu skuad kebangsaan itu merupakan bekas pengendali kelab Olympiakos, Paulo Jorge Gomes Bento yang telah ditularkan menerusi media sosial sejak kebelakangan ini. Menurutnya, spekulasi tersebut adalah tidak benar sama sekali.

    Media sebelum ini melaporkan Tunku Ismail akan mencari jurulatih baharu skuad Harimau Malaya selepas tidak mencapai kata sepakat dengan pilihan utamanya, Mario Gomez apabila bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) itu didakwa menuntut gaji yang di luar kemampuan FAM.

    Jawatan tersebut kosong selepas jurulatih terdahulu, Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai pengendali baharu skuad Bawah 22 tahun negara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jurulatih Baharu Harimau Malaya Diketahui Sabtu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top