My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 12 May 2017

    Kehadiran MCA Ke Dalam Sambutan UMNO 71 Tahun Bukti Kesepakatan Dalam BN




    Ketika ramai pihak membicarakan tentang kejayaan sambutan Ulangtahun UMNO kali ke 71 semalam di Stadium Bukit Jalil, mungkin ada yang terlepas pandang akan kehadiran kira-kira 100 orang wakil dari salah sebuah parti utama di dalam Barisan Nasional, iaitu MCA.

    Diketuai oleh Presidennya sendiri, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA bersama-sama barisan parti komponen Barisan Nasional yang lain jelas menunjukkan sokongan yang penuh terhadap parti tunjang utama Barisan Nasional, UMNO.

    Malah, ketika berkesempatan bertanyakan kepada wakil MCA yang hadir semalam, mereka cukup terpegun dengan sokongan ahli UMNO terhadap Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Suasana meriah dengan kebanjiran para penyokong yang mengenakan baju merah semalam telah menaikkan semangat MCA untuk bekerja lebih keras lagi.

    Dari riak wajah Datuk Seri Liow semalam menampakkan keyakinan beliau untuk menggembeling tenaga dengan UMNO bagi memastikan Barisan Nasional mampu menawan semula kerusi-kerusi yang kini dikuasai oleh pembangkang.

    Apa yang pasti, kehadiran wakil-wakil MCA ke dalam majlis berkenaan telah menutup mulut pengkritik yang seringkali mendakwa MCA kini lebih tunduk kepada DAP berbanding kesetiaan terhadap Barisan Nasional. Seperti yang ditegaskan oleh Datuk Seri Liow sebelum ini, MCA tidak pernah sesekali mengkhianati perjuangan Barisan Nasional dengan menyebelahi pembangkang terutamanya DAP.

    Malah, kebanyakan wakil MCA yang hadir semalam juga menegaskan bahawa DAP dan Pakatan Harapan adalah musuh politik mereka dan tidak timbul isu mengkhianati Barisan Nasional seperti yang didakwa sesetengah pihak.

    Ujar mereka, MCA sentiasa komited dan memberikan segala kerjasama yang diperlukan oleh rakan-rakan parti di dalam Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan yang lebih besar akan memihak kepada Barisan Nasional dan kembali berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada rakyat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kehadiran MCA Ke Dalam Sambutan UMNO 71 Tahun Bukti Kesepakatan Dalam BN Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top