My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 17 May 2017

    Lim Guan Eng Pun Tahu Guna Helah Filem Madu Tiga



    Tidak kira apa jua lapisan masyarakat, filem-filem karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan sentiasa segar dalam ingatan terutamanya filem-filem yang mempunyai unsur komedi. Walaupun filem-filem berkenaan kerap kali ditayangkan di kaca televisyen sehinggakan setiap butir dialog dalam filem-filem berkenaan sudah dihafal, namun penangannya tetap tidak menjemukan masyarakat.

    Antara filem yang mala segar dalam ingatan adalah filem Madu Tiga yang dilakonkan oleh Allahyarham sendiri sebagai Encik Jamil, Seniwati Sarimah, Allahyarham Ahmad Nisfu dan ramai lagi. Paling diingati adalah helah Encik Jamil yang sanggup membalutkan dirinya kononnya dia terlibat dalam kemalangan hanya untuk menipu kedua orang isterinya.

    Lim Guan Eng dilihat membalut tangan kirinya
    Siapa sangka, helah Encik Jamil ini secara tidak sengaja atau mungkin mendapat ilham dari filem berkenaan ditiru oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Dalam sidang medianya semalam, Lim Guan Eng telah menunjukkan tangannya yang berbalut kononnya hampir keseluruhan tangan kirinya berada dalam kesakitan.

    Memang benar, terdapat masalah sedikit pada tangan Guan Eng namun ianya hanya melibatkan jari kelingking sahaja. Menurut laporan, jari kelingkingnya di bedah semalam namun, apa yang melucukan, hasil daripada pembedahan berkenaan, pergelangan tangannya di balut, seolah-olah pergelangan tangannya pula telah dibedah baru-baru ini.

    Helah ini dapat dibaca setelah meneliti beberapa keping gambar yang tular di laman sosial semalam. Pada satu ketika, Lim Guan Eng membalut tangan kirinya. Namun dalam sekeping gambar yang diterbitkan oleh KiniTV, Guan Eng dilihat membalut tangan kanannya pula. Apa helah Guan Eng sebenarnya?

    Lim Guan eng membelek pula tangan kanannya yang berbalut
    Bagi kalangan pemerhati, Guan Eng sebenarnya hanya cuba untuk meraih simpati di kalangan penyokongnya. Tambahan pula, kes rayuannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kes salah lakunya akan disebut semula pada 19 Mei ini. Untuk ini, mungkin Guan Eng mendapat ilham daripada filem Madu Tiga dengan membalut pergelangan tangan kirinya. Kesiankan?

    Apa pun buat Lim Guan Eng, semoga cepat sembuh dan semoga berjaya meraih simpati di kalangan penyokong tegarnya. Kesiankan?  Oh Kesian...

    Berikut merupakan video yang dipetik dari KiniTV yang memaparkan "kesakitan" yang ditanggung Lim Guan Eng


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lim Guan Eng Pun Tahu Guna Helah Filem Madu Tiga Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top