My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 22 May 2017

    Malindo Guna Boeing 737 MAX 8



    MALINDO Air, penerima anugerah Syarikat Penerbangan Serantau Terbaik 2016 muncul syarikat penerbangan pertama di dunia menggunakan Boeing 737 MAX 8. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy, berkata pesawat baru itu juga dilihat berupaya memperluas dan memperkukuh rangkaian destinasi penerbangan Malindo Air di samping menawarkan tambang yang lebih rendah kepada pelanggan.

    "Menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang menerima dan menggunakan pesawat Boeing 737 MAX 8 adalah kebanggaan buat kami.

    "Malah, dengan pelan penjenamaan semula menjadi Batik Malaysia pada separuh kedua tahun ini, MAX 8 ialah pesawat pertama diterima dalam jenama baru ini," katanya pada majlis menerima ketibaan pesawat Boeing 737 MAX 8, di Sepang, hari ini.

    Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dan Pengasas Bersama Lion Group Rusdi Kirana. Penerbangan sulung pesawat berkapasiti 180 tempat duduk itu berlepas ke Singapura dari KLIA, pada 10.30 pagi, dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Changi, pada 11.30 pagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malindo Guna Boeing 737 MAX 8 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top