My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 20 May 2017

    Maut Jatuh Tingkat 12 PPR



    Seorang lelaki yang dikehendaki berhubung kes samun dan rogol seorang pekerja wanita di sebuah kafe siber di Puchong pada 11 Mei lalu maut selepas terjatuh dari sebuah rumah di tingkat 12 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Jalan Rejang, Taman Setapak Jaya di sini kelmarin yang diserbu polis. 

    Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor serta JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang melakukan serbuan kira-kira pukul 10.10 malam di sebuah rumah di PPR ber­kenaan selepas menerima maklumat.

    “Pasukan serbuan telah mengetuk pintu rumah PPR itu beberapa kali sambil memperkenalkan diri sebagai anggota polis, namun tiada sebarang respon daripada penghuni sebelum bertindak memotong mangga serta memecahkan pintu.

    “Seorang lelaki dan wanita warga tempatan didapati berada di ruang tamu rumah itu sebelum pasukan serbuan terdengar bunyi barang-barang terjatuh dari bahagian dapur dan pemeriksaan mendapati, seorang lelaki yang merupakan suspek dikehendaki sedang cuba melarikan diri dengan bergayut di jeriji bahagian luar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Maut Jatuh Tingkat 12 PPR Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top