My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 19 May 2017

    Memang Zaman Mahathir Tiada Kes Penampar, Tetapi...



    Selama 22 tahun kita hidup di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 4. Banyak kenangan yang sehingga kini masih lagi kekal dalam ingatan setiap seorang rakyat Malaysia yang pernah hidup pada zamannya. Tidak dinafikan, dia berjaya mengubah landskap ekonomi Malaysia namun ianya bukanlah lesen untuknya menjadikan Malaysia sebagai hak miliknya.

    Semasa era pentadbirannya dahulu, kebanyakan mereka yang pernah hidup di zamannya, sukar untuk mendengar insiden yang berlaku sewaktu program TN50 bersama penggiat seni, Rabu lalu. Insiden tamparan Sulaiman Yassin atau Mat Over memang tidak akan kedengaran sewaktu pentadbirannya. Adakah benar perkara seperti ini tidak berlaku?

    Bagi mereka yang pernah hidup di zamannya, pasti akan tahu bagaimana rakyat sukar untuk mendapatkan informasi yang jelas dari media. Pada zamannya, penyebaran maklumat tidak sebebas hari ini kerana hampir kesemua media dikawal sepenuhnya oleh Mahathir. Jadi, tidak hairanlah berita-berita kontroversi seperti ini tidak akan terdedah.

    Sebenarnya, pada zaman Mahathir, insiden tumbuk menumbuk agak kerap berlaku. Di awal pentadbirannya sebagai Presiden UMNO, sewaktu bangunan PWTC masih belum lagi wujud, Persidangan Agung UMNO diadakan secara berselerak di serata hotel di Lembah Klang. Namun tumpuan akan diberikan di Persidangan utama di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

    Pada awal pentadbirannya masih ramai ahli UMNO yang sukar untuk menerima perlantikan Mahathir selaku Presiden UMNO. Justeru, insiden pergaduhan boleh dikatakan akan berlaku saban tahun sehinggalah Mahathir berjaya meredakan keadaan pada Persidangan UMNO 1984.

    Insiden pergaduhan di hadapan Mahathir sekali lagi berlaku pada Persidangan Agung UMNO pada tahun 1988 di mana pada ketika itu, UMNO terbahagi kepada dua kem iaitu kem Mahathir dan kem Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah. Pada ketika ini, banyak perang mulut berlaku dan ada diantaranya melibatkan pergaduhan.

    Kali ketiga insiden tumbuk menumbuk ini berlaku sewaktu pertarungan sengit Pemilihan Agung UMNO yang menyaksikan Mahathir hanya menang tipis mengatasi Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah. Pada ketika itu, suasana cukup tegang dengan pelbagai dakwaan skandal berlaku sehingga mengakibatkan ahli UMNO bertumbuk sesama sendiri dan ada diantaranya berlaku dihadapan Mahathir sendiri.

    Insiden keempat tragedi tumbukan berlaku keatas bekas timbalannya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semuanya gara-gara provokasi yang sengaja di cetuskan oleh Anwar sehingga menimbulkan kemarahan Ketua Polis Kuala Lumpur pada ketika itu, Datuk Kamaruddin Md. Ali. Dipercayai, disebabkan kecederaan inilah maka munculnya lambang PKR seperti yang kita lihat hari ini.

    Pada zaman Mahathir juga akan dikenang sebagai salah satu era pembantaian terhadap penentangnya. Insiden pertama berlaku sewaktu Mahathir mengarahkan operasi pembantaian penduduk di Kampung Memali yang mengorbankan 14 orang termasuk Ibrahim Libya yang dituduh mengamalkan ajaran sesat yang boleh mengancam keselamatan negara.

    Namun begitu, Mahathir pantas menunding jari kepada timbalannya pada ketika itu, Tan Sri Musa Hitam yang kononnya mengendalikan operasi berkenaan. Apa yang menghairankan, adakah sudah tertutup peluang rundingan sehingga mengakibatkan Mahathir menjadikan PDRM sebagai alat tunggannya untuk membunuh penduduk kampung yang tidak tahu apa-apa?

    Insiden kedua pula berlaku sewaktu Mahathir mengarahkan operasi menumpaskan kumpulan Al Maunah yangt telah merampas senjata dari sebuah kem tentera di Gerik. Apa yang melucukan, apakah motif kumpulan berkenaan menawan Bukit Jenalik di Sauk kemudian mengumumkan perang terhadap kerajaan yang terletak lebih 200 kilometer dari lokasi mereka?

    Di zaman Mahathir juga akan dikenang sebagai berlakunya kekejaman yang tidak pernah padam dari liputan sejarah. Jika diluar negara, kebanyakan diktatornya membunuh musuh politiknya, namun di Malaysia lain pula halnya. Mahathir menjadikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai senjata untuk menutup mulut pengkritik dan musuh politiknya.

    Soalannya kini, adakah benar dakwaan Mahathir insiden yang berlaku antara Mat Over dengan David Teo itu tidak pernah berlaku dizamannya? Rasanya, apa yang berlaku pada zaman Mahathir jauh lebih teruk berbanding insiden Rabu lalu. Adakah Mahathir berani menafikannya?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Memang Zaman Mahathir Tiada Kes Penampar, Tetapi... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top