My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 11 May 2017

    Nanas Dipamerkan Sebagai Hasil Seni



    Dua pelajar yang meninggalkan sebiji buah nanas di satu pameran seni terkejut apabila mendapati buah berkenaan dipamerkan sebagai hasil kreatif. Ruairi Gray dan rakannya, Lloyd Jack meninggalkan nanas berkenaan yang dibeli di sebuah pasar di galeri seni di Universiti Robert Gordon sebagai satu gurauan. 

    Mereka meninggalkan nanas berkenaan di atas satu meja pameran kosong yang dikelilingi dengan hasil seni di pameran berkenaan. Apabila Gray dan Jack kembali semula ke galeri berkenaan empat hari kemudian, mereka terkejut melihat nanas itu diletakkan di dalam cermin pameran dan ramai pengunjung beranggapan ia adalah hasil seni.

    “Saya mendapati ada satu meja pameran yang kosong dan sengaja meletakkan nanas itu untuk melihat berapa lama ia akan berada di sana atau ia disangka sebagai satu hasil seni. Selepas beberapa hari kami datang semula dan terkejut apabila mendapati nanas itu diletakkan di dalam cermin pameran seperti hasil seni yang lain,” kata Gray.

    Penganjur pameran berkenaan Natalie Kerr berkata, kejadian itu adalah misteri kerana tiada siapa tahu siapa yang meletakkan nanas berkenaan ke dalam cermin pameran itu.

    “Kami sedang mengalihkan pameran berkenaan dan apabila kembali 10 minit selepas itu kami dapati nanas itu berada di dalam cermin kaca. Penyelia saya melihat nanas itu dan bertanya kepada pensyarah seni adakah ia asli kerana dia sendiri tidak mempercayainya,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nanas Dipamerkan Sebagai Hasil Seni Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top