My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 22 May 2017

    Padah Bercinta Dengan Isteri Orang



    Tindakan sekumpulan lelaki memukul dan mencurahkan air panas ke atas seorang pemuda mengundang padah apabila tujuh daripada mereka diberkas polis dalam satu kejadian di kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Pelong di sini kelmarin. 

    Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa dipercayai dipukul lebih daripada 10 individu selepas dipercayai menjalinkan hubungan dengan isteri salah seorang daripada individu tersebut. 

    Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Pemangku Superintendan S. Somu berkata, bapa mangsa menerima panggilan daripada anak lelakinya lalu pergi ke tempat kejadian dan mendapati terdapat sekumpulan individu sedang mengelilingi mangsa.

    “Ayahnya mendapati mangsa telah dipukul dan disimbah air panas lalu membawanya ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

    “Hasil siasatan mendapati, punca kejadian itu mangsa dipercayai menjalinkan hubungan dengan isteri orang yang masih dalam proses penceraian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Bercinta Dengan Isteri Orang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top