My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 May 2017

    Pasangan Gay Dihukum Sebat 85 Kali



    MAHKAMAH Syariah Aceh hari ini, menjatuhkan hukuman sebat 85 kali di khalayak ramai setiap seorang terhadap pasangan gay yang ditahan ketika sedang melakukan hubungan seks, Mac lalu, yang akan dilaksanakan pada 25 Mei ini. 

    Kedua-dua lelaki itu berusia 20 dan 23 tahun, dengan seorang daripadanya menangis selepas mahkamah menjatuhkan hukuman dan memohon hukuman diringankan. Pasangan itu dicekup penduduk di Banda Aceh yang memecah masuk bilik sewa mereka ketika pasangan itu sedang melakukan hubungan seks.

    Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial menunjukkan kedua-dua lelaki berkenaan dalam keadaan bogel, diasak penduduk yang menahan mereka.

    Ketua panel tiga hakim, Khairil Jamal, berkata dua lelaki terbukti bersalah melakukan hubungan seks sejenis dan hakim bersetuju tidak mengenakan hukuman maksimum sebat 100 kali kerana tertuduh berkelakuan baik di mahkamah, bekerjasama dengan pihak berkuasa serta tiada rekod kesalahan sebelum ini.

    “Sebagai umat Islam, tertuduh perlu mematuhi undang-undang Syariah di Aceh,” kata Khairil. Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang menggunakan undang-undang Syariah, mula melaksanakan hukuman sebat sehingga 100 kali bagi beberapa kesalahan, termasuk berzina, minum arak, berjudi, wanita berpakaian mencolok mata dan tidak solat Jumaat, dua tahun lalu.

    Tahun lalu, lebih 300 orang sudah menjalani hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkenaan namun hukuman terhadap pasangan gay ini adalah yang pertama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pasangan Gay Dihukum Sebat 85 Kali Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top