My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 23 May 2017

    Pembunuh Budak Dihadapkan Ke Mahkamah



    Seorang tukang masak dan teman wanitanya dihadapkan ke dua mahkamah berasingan, di sini, semalam berhubung kes kematian kanak-kanak lelaki, dua minggu lalu. 

    Muhammad Rohaizat Tan, 39, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia dua tahun di sebuah rumah di Jalan Dato Seri P Alagendra 2, Kajang Plaza, di sini, antara jam 5 pagi dan 6.30 pagi, 13 Mei lalu. Tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

    Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Mahkamah kemudian menetapkan 22 Jun ini untuk sebutan semula kes. Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, ibu kandung kepada kanak-kanak berkenaan, Nor Solihah Abdul Majid, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan kepada mangsa menganiaya kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di taska di Taman Kajang Impian, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, di sini pada 10 malam, 12 Mei lalu. Wanita yang bekerja sebagai pembantu taska didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin. Nor Solihah yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan dia kini tidak bekerja. Hakim Noridah Adam membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pembunuh Budak Dihadapkan Ke Mahkamah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top