My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 12 May 2017

    Perompak Jadikan Wanita Tebusan Direman Tujuh Hari



    Perompak warga asing yang memecah masuk sebuah rumah dan menjadikan seorang wanita sebagai tebusan di Taman Istimewa, Luyang Kota Kinabalu dipercayai di bawah pengaruh dadah. Suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 dan 307 Kanun Keseksaan. 

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, dalam insiden kira-kira pukul 7.45 malam itu, suspek yang memecah masuk sebuah rumah terdahulu telah mengugut dan mengacu senjata kepada seorang pembantu rumah.

    “Bagaimanapun, apabila suspek hendak melarikan diri dan menyedari kawasan telah dikepung polis, lelaki terbabit masuk ke sebuah rumah lalu menjadi seorang wanita sebagai tebusan. Saya merakamkan penghargaan kepada pasukan polis atas kepantasan menyelesaikan insiden itu tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

    “Mangsa yang masih dalam keadaan trauma dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth telah dibenarkan pulang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pemberitaan Pemerdagangan Manusia anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI), Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Majlis Anti-Pemer­da­gangan Manusia dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO), di sini hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perompak Jadikan Wanita Tebusan Direman Tujuh Hari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top