My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 22 May 2017

    Polis Tahan Seorang Lelaki Berhubung Kes Penemuan Mayat Wanita Di Rumah Penginapan



    Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita dipercayai dibunuh di sebuah bilik rumah penginapan di Jalan Empat Bandar Sandakan di sini, hari ini. 

    Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata lelaki warganegara asing, tiada dokumen pengenalan diri berumur lingkungan 50-an itu ditahan pada jam 6 petang di kawasan bandar Sandakan.

    Katanya mayat seorang wanita belum diketahui identitinya yang berusia lingkungan 20-an ditemui penjaga rumah penginapan berusia 73 tahun itu pada jam 12 tengah hari. Wanita tersebut telah mendaftar masuk pada jam 5 pagi dan memaklumkan akan mendaftar keluar pada jam 12 tengah hari, katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

    Azhar berkata siasatan lanjut ditempat kejadian mendapati seorang wanita yang tidak mempunyai keterangan diri dijumpai mati dalam keadaan muka ditekup dengan bantal dengan berpakaian serba hitam dan masih berkasut. Beliau berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat kejadian dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Tahan Seorang Lelaki Berhubung Kes Penemuan Mayat Wanita Di Rumah Penginapan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top