My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 11 May 2017

    Sasar 1 Juta Pelanggan



    Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) yakin untuk mencapai sejuta pelanggan bagi perkhidmatan penulisan wasiatnya menjelang akhir tahun ini. Pengarah Urusan Kumpulannya Adenan Md Yusof berkata, Amanah Raya menerima sambutan menggalakkan untuk penulisan wasiat daripada masyarakat negara ini. 

    Katanya, setakat 30 April 2016, sebanyak 975,390 jumlah wasiat didaftarkan dan pihaknya berada di landasan yang tepat untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai penulisan wasiat.

    “Amanah Raya sudah 90 tahun menjadi agensi yang menyediakan perkhidmatan perancangan pewarisan kepada masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan kami giat mempromosi peranan Amanah Raya kepada semua golongan masyarakat di negara ini termasuklah melalui pengiklanan korporat dan penulisan artikel yang dalam pelbagai bahasa agar masyarakat mengetahui bahawa perkhidmatan kami adalah untuk semua dan bukan tertumpu kepada masyarakat Bumiputera saja. 

    “Setakat 1 Januari 2017 sehingga 31 Mac 2017, Amanah Raya melalui 18 cawangan kami di seluruh negara sudah mendaftar sebanyak 6552 wasiat di mana 13 peratus adalah golongan bukan Bumiputera,” katanya.

    Menurutnya, masih ramai yang tidak menyedari bahawa perancangan pewarisan adalah kesinambungan kepada perancangan kewangan yang dilakukan semasa hayat. Adenan berkata, pihaknya komited untuk terus mengukuhkan lagi jenama Amanah Raya sebagai perkhidmatan perancangan pewarisan kepada rakyat Malaysia.

    “Kami akan menawarkan promosi istimewa terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Malah, kami akan melaksanakan usaha berterusan untuk membina, mengukuh dan mengekalkan jenama Amanah Raya sebagai agensi kerajaan yang unggul di dalam menyediakan perkhidmatan perancangan pewarisan secara menyeluruh merangkumi penulisan wasiat, pengurusan amanah dan pentadbiran pusaka kepada rakyat Malaysia,” katanya.

    Beliau berkata, sekiranya perancangan awal dilaksanakan, proses pentadbiran pusaka akan menjadi lebih mudah dan lancar serta pembahagian kepada penerima atau waris dapat dilakukan dengan lebih cepat iaitu dalam tempoh tiga bulan saja.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sasar 1 Juta Pelanggan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top