My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 9 May 2017

    Sebenarnya, Mahathir Boleh Tamatkan Banyak Perkara, Tetapi...


    Setelah lebih 35 tahun penduduk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan hidup dengan keadaan harga barangan yang labih tinggi berbanding apa yang dinikmati di Semenanjung. Selama lebih 35 tahun inilah, seperti terdapat sedikit diskriminasi terhadap keperluan warga Kepulauan Borneo berkenaan berbanding Semenanjung.

    Semuanya bermula apabila sistem caj yang dikenali sebagai kabotaj mula diperkenalkan kerajaan pada ketika itu. Semuanya dengan hanya satu tujuan iaitu untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai hub perkapalan di Asia Tenggara dengan segala barangan harus melalui Pelabuhan Klang pada ketika itu.

    Menariknya, selain daripada Pelabuhan Klang, Malaysia juga mempunyai Pelabuhan di Kuantan dan di Johor di mana jika kita melihat secara logiknya, segala barangan keperluan rakyat di Kepulauan Borneo lebh mudah di hantar melalui Kuantan ataupun di Johor. Namun kerajaan pada ketika itu memilih Pelabuhan Klang sebagai hub dan oleh kerana inilah, kos pengangkutan menjadi lebih mahal.

    Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dianggap sebagai seorang yang sengaja mencetuskan diskriminasi dalam banyak hal terhadap penduduk di Kepulauan Borneo. Manakan tidak, caj mengarut ini sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan merupakan negeri yang turut membentuk Malaysia sejak 1965.

    Apa perlunya caj seumpama ini dikenakan terhadap mereka? Bukankah secara tidak langsung segala harga barangan termasuk pemilikan sebuah kereta akan menjadi lebih mahal? Jika Mahathir pada ketika itu memahami keluh kesah rakyat di Kepulauan Borneo, dia boleh sahaja memansuhkan caj berkenaan sepanjang 22 tahun dia berkuasa.

    Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia terus mengenakan caj berkenaan sehinggalah keluhan ini akhirnya di dengari oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kemudiannya memansuhkan caj berat sebelah ini bermula 1 Jun 2017. Mudah bukan? Kenapa Mahathir langsung tidak pernah terfikir akan hal ini?

    Sebenarnya, Mahathir boleh dianggap langsung tidak memperdulikan keperluan rakyat di Kepulauan Borneo. Lihat sahaja bagaimana dia langsung tidak pernah terfikir untuk membina sebuah jaringan lebuhraya yang sempurna buat penduduk di Sabah dan Sarawak seperti mana pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

    Hari ini, rakyat Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sudah boleh menghela nafas lega. Hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang perlu dimuktamadkan di mana perkara-perkara berkenaan langsung tidak pernah diambil peduli oleh Mahathir sepanjang 22 tahun dia mentadbir negara.

    Satu-satunya kebimbangan kini adalah, mahukah para pemborong, pembekal dan peniaga di ketiga-tiga negeri berkenaan menurunkan harga barang bagi menyelaraskan harga barangan berkenaan dengan Semenanjung. Jika mereka gagal berbuat demikian, jelas sekali, para peniaga, pemborong dan pembekal di sana bersikap tamak disebalik permansuhan caj kabotaj ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sebenarnya, Mahathir Boleh Tamatkan Banyak Perkara, Tetapi... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top