My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 May 2017

    Ini Bukan Langkah Mengikut Acuan Komunis!



    Setelah beberapa ketika Pengerusi Parti pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir menjadikan MCA sebagai sasaran serangannya untuk melemahkan Barisan Nasional, tugas ini kini digalas oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

    Dalam satu serangannya, Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Sirajuddin H Salleh mengulas perjanjian MCA dengan CPC untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, budaya, kepakaran, strategik, pembangunan kampung dan aspek lain mungkin adalah satu kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional itu dengan idealogi komunisme.

    Tuduhan liar ini selaras dengan kenyataan bekas diplomat Malaysia, Dennis Ignatius yang turut  menimbulkan kebimbangan mengenai keputusan parti MCA, rakan komponen UMNO dalam Barisan Nasional (BN) kerana menghantar pemimpinnya untuk latihan kader di China.

    Dalam hal ini, Ketua Biro Keharmonian Agama MCA, Ti Lian Ker menafikan pemimpin akar umbi parti itu dihantar ke China untuk menerima latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China (CPC). Sebaliknya, Ti berkata mereka hanya mempelajari pengetahuan teknikal daripada parti itu.

    Melihat kepada rentetan ini, serangan ini sebenarnya adalah kesinambungan usaha Mahathir melemahkan dan sekaligus menghilangkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap MCA. Sejak dari pembentukan Parti Perikatan di Tanah Melayu, MCA sentiasa memberi komitmen berterusan bersama-sama UMNO dalam memerangi unsur kominsme dari merebak kedalam rakyat Malaysia.

    Malah, sewaktu gelombang kebangkitan komunsime di negara ini, MCA sendiri menggalakkan ahlinya untuk menyertai pasukan keselamatan negara bagi membendung kebangkitan komunis ini. Hal ini diteruskan sehingga kini walaupun parti ini adalah parti yang mewakili kaum Cina.

    Agak menghairankan kerana tuduhan yang dilemparkan oleh PERKASA, Mahathir dan beberapa pihak lagi yang kononnya MCA kini diresapi dengan idealogi komunis memang langsung tidak masuk akal. Menurut seorang pemimpin MCA, adakah menjadi kesalahan buat MCA mempelajari sesuatu dari pihak yang dianggap terbaik dalam memperkasakan parti?

    Jika mengikut logik PERKASA dan Mahathir, sesiapa sahaja yang menjalinkan hubungan dengan CPC, mereka telah diresapi dengan semangat komunisme. Persoalannya, adakah hubungan erat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan kerajaan China hari ini akan turut mempengaruhi pemikiran Datuk Seri Mohd Najib?

    Bukankah ia satu tanggapan gila dan tidak masuk akal dari mereka yang langsung tidak faham erti tanggungjawab. Sudah menjadi adat buat rakyat Malaysia, kita akan mempelajari sesuatu yang baik dari mereka yang telah terbukti berjaya. Inilah yang sedang cuba dilakukan oleh MCA.

    MCA enggan lagi menerima kekalahan yang ditanggung mereka semasa dua Pilihan Raya Umum yang lalu. Untuk mengubah nasib ini, MCA perlu mempelajari sesuatu dari pihak yang sudah diakui berjaya dari hanya meneruskan cara lapuk dengan harapan untuk menambah kerusi yang dimenangi.

    Satu lagi persoalan yang ingin diajukan kepada PERKASA dan Mahathir adalah, jika mereka mendakwa MCA yang dianggotai oleh kaum Cina sejak dahulu, semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri, adakah dia juga turut menjalinkan kerjasama dengan komunis (dalam konteks ini ialah MCA)?

    Seperti yang selalu ditegaskan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA sentiasa komited bersama-sama UMNO dan rakan parti komponen yang lain untuk memastikan kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Mungkin inilah yang menjadikan Mahathir dan kuncu-kuncunya panas dan mula menyerang MCA dengan tuduhan gila dan tidak masuk akal.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ini Bukan Langkah Mengikut Acuan Komunis! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top