My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 16 May 2017

    Siti Tidak Gelabah



    PENYANYI popular Datuk Siti Nurhaliza mengakui melakukan kesilapan ketika menyanyikan lagu terbarunya berjudul Segala Perasaan pada Anugerah Bintang Popular 3.0, semalam sehingga menjadi tular di laman sosial. 

    Bagaimanapun Siti menerusi komen di kumpulan Sitizone di laman Facebook menerima segala kritikan yang dilemparkan dan meminta peminatnya bertenang. "Jangan risau, saya okey saja terima komen. Selalu saya menyanyi sempurna, sesekali ada ketika juga tak sempurna.

    "Apa pun saya gembira dapat mempersembahkan lagu baru. Bukan senang nak dapat peluang itu. Selalu orang sudah biasa lagu yang popular," tulis Siti.

    Siti turut memberi penjelasan menerusi laman Instagram miliknya. "Kesimpulannya walaupun saya penat semalam sampai tersalah sedikit 'teran' ketika nyanyi, ia bukan masalah besar (no big deal). 

    "Sebenarnya ada juga yang sama-sama berjuang dan penat untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan membuatkan saya terus bersemangat untuk terus mempersembahkan yang terbaik," tulis Siti.

    Menerusi persembahan itu, Siti melakukan kesilapan falsetto pada bahagian nada tinggi lagu terbabit. Pun begitu, persembahan Siti masih mendapat pujian banyak pihak terutama pengguna laman sosial lain. Pada masa sama, Siti berterima kasih kepada peminat yang tidak berhenti mengundi dan memberi sokongan meski dia tidak tercalon dalam kategori utama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siti Tidak Gelabah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top