My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 12 May 2017

    Tarik Pelaburan



    Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kini berbincang dengan beberapa syarikat automotif yang berminat untuk melabur di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Azman Mahmud berkata, dengan kehadiran banyak syarikat automotif antarabangsa seperti BMW Group, ia mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran automotif serantau. 

    “Apabila BMW menggandakan operasi mereka dalam tempoh yang amat singkat, ia menunjukkan bagaimana pentingnya Malaysia kepada pelabur dan mempertimbangkan negara ini sebagai pusat pengedaran bagi rantau ini.

    “Malah, kami sedang berbincang dengan beberapa syarikat automotif dan kita akan tahu apabila sampai masanya,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pusat pengedaran alat ganti serantau BMW Group di Zon Perindustrian Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, semalam.

    Bagaimanapun, Azman tidak menyatakan butiran mengenai pelabur yang berpotensi. Beliau berkata, Malaysia ternyata mempunyai kekuatannya dalam sektor automotif berbanding negara jiran, Thailand.

    Sementara itu, Naib Presiden Kanan Rantau Asia, Pasifik dan Afrika Selatan BMW Group, Hendrik von Kuenheim berkata, pusat pengedaran alat ganti serantau yang baru di Senai akan memainkan peranan utama untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam pasaran automotif serantau.

    Beliau berkata, rekod prestasi jualan yang dicapai di Asia pada tahun lalu dan pada suku pertama 2017 menjadi bukti kepada pengukuhan BMW Group di rantau ini. “Oleh itu, kami percaya Malaysia adalah pasaran utama yang menyokong hala tuju perniagaan strategik kami dalam meningkatkan kedudukan kami di rantau ini,” katanya.

    Kemudahan seluas 775,000 kaki persegi itu antara kemudahan BMW yang terbesar di rantau Asia Pasifik akan menyokong lebih 23 negara di rantau ini sebagai pusat pengedaran alat ganti dan gudang logistik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tarik Pelaburan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top