My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 17 May 2017

    Terima Kasih Tuan Douglas



    SAMBUTAN hari guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sikuati, Kudat, meriah apabila Ketua Polis Daerah tiba-tiba muncul tanpa diduga di hadapan guru dan pelajar bagi bersama-sama menyambut Hari Guru 2017 di sekolah berkenaan, pagi hari ini. 

    Lebih meriah, Superintendan Douglas Nyeging Taong membuat kejutan dengan menghadiahkan kek dan menyampaikannya sendiri kepada Pengetua SMK Sikuati Ismail Tukimin. Majlis yang berlangsung selama sejam di dewan sekolah itu turut dihadiri 400 orang termasuk pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat, guru dan pelajar sekolah berkenaan.

    Douglas dalam ucapannya berkata, objektif majlis ini bertujuan meraikan sambutan Hari Guru 2017 peringkat sekolah selain mengeratkan hubungan dan kerjasama antara polis dengan kakitangan akademik serta pelajar SMK Sikuati.

    "Majlis ini juga untuk menghargai pengorbanan guru-guru SMK Sikuati yang sentiasa bekerjasama dengan IPD Kudat dalam pelbagai program. Oleh itu, saya menyeru pihak sekolah sentiasa memantau tingkah laku pelajar-pelajar supaya tidak terjerumus kepada masalah sosial," katanya.

    Tambah beliau, dengan adanya majlis sebegini dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu disiplin pelajar sekolah berkenaan. Sementara itu, Ismail berkata, tarikh keramat 16 Mei tidak pernah dilupakan namun pengisiannya saban tahun pasti berbeza dan tahun ini lebih menarik.

    Ketika meraikan bersama guru dan pelajar, kami terpaku sejenak apabila Ketua Polis Daerah Kudat tiba-tiba naik ke pentas sambil membawa kek dan mengucapkan selamat Hari Guru. "Terkejut, gembira dan sebak," katanya. SMK Sikuati adalah sekolah angkat IPD Kudat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Terima Kasih Tuan Douglas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top