My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 May 2017

    ‘Tiba Masa Bangun Dari Tidur’




    PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kehadiran jurulatih baharu Harimau Malaya, Nelo Vingada adalah masa sesuai buat kesemua persatuan negeri dan kelab ‘bangun dari tidur’ demi kebaikan bola sepak negara. 

    Isnin lalu, Tunku Ismail mengumumkan pelantikan Vingada sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan dengan mengikat jurulatih Portugal itu selama dua tahun.

    Titah Tunku Ismail yang dipetik menerusi laman sosial Facebook Johor ­Southern Tigers (JST), baginda yakin langkah melantik Vingada adalah satu keputusan tepat bagi memberikan pendidikan, bukan sahaja kepada pasukan kebangsaan tetapi secara menyeluruh termasuk jurulatih-jurulatih tempatan.

    “Kenapa saya rasa keputusan yang tepat memilih Vingada adalah kerana rekod, pencapaian dan pengalaman. Bagi saya, Malaysia mempunyai persatuan bola sepak yang sudah tidur lama dan organisasi baru masuk. Malaysia bukan negara bola sepak yang matang buat masa ini.

    “Kenapa? kerana lama sangat kita tidak membuat benda yang betul. Jurulatih kebangsaan, bukan sahaja membimbing pasukan negara tetapi membimbing para pemain, kita juga perlu melatih jurulatih yang boleh membimbing anak tempatan dalam negara.

    “Itulah sebab Vingada adalah pilihan tepat sebagai jurulatih. Jadi, beliau bukan sahaja memberikan pendidikan kepada pemain tetapi memberikan ilmu kepada jurulatih-jurulatih tempatan. “Perkara ini mustahak untuk jangka masa panjang. Jadi, saya rasa buat masa ini (calon) paling sesuai sekali adalah Vingada dan itulah sebabnya kenapa kita buat keputusan tersebut untuk beliau membimbing pasukan Harimau Malaya,” titah baginda.

    Media sebelum ini melaporkan, Tunku Ismail yang dilantik sebagai presiden baharu badan induk bola sepak negara pada Kongres FAM ke-53, Mac lepas telah me­lantik bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez sebagai ketua jurulatih baharu.

    Bagaimanapun, konflik mengenai masalah gaji tinggi sebanyak AS$40,000 (RM172,900) sebulan yang dituntut oleh Gomez memaksa FAM mencari alternatif baharu sebelum mencapai kata sepakat untuk menawarkan kontrak selama dua tahun kepada Nelo Vingada.

    Vingada yang turut dikenali sebagai ‘The Professor’ mengakui sangat teruja untuk membimbing skuad kebangsaan yang kini berada di ranking ke-158 dunia. Bekas jurulatih Arab Saudi itu akan memulakan tugas pertamanya untuk kempen kelayakan Piala Asia 2019 dalam aksi Kumpulan B pada perlawanan pembukaan menentang Korea Utara di Pyongyang, 8 Jun depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Tiba Masa Bangun Dari Tidur’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top