My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 June 2017

    5 Pelajar UPNM Didakwa Membunuh



    Lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang pegawai kadet laut universiti berkenaan pada Mei lalu. 

    Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Md. Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri. Kelima-lima mereka berusia 21 tahun.

    Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kelima-lima tertuduh selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

    Mengikut pertuduhan, kelima-lima mereka kesemua didakwa membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, di bilik 04-10, Blok Penginapan Asrama Jebat UPNM Sungai Besi di sini antara pukul 4.45 pagi hingga 5.45 pagi pada 22 Mei lalu.

    Kelima-lima mereka didakwa mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 5 Pelajar UPNM Didakwa Membunuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top