My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 8 June 2017

    Bantu Gamer Capai Sasaran


    Dengar saja istilah ‘game’, ada yang menganggap ia membuang masa dan tidak berfaedah. Namun, bagi mereka yang komited dan serius, ia boleh dijadikan satu kerjaya. Jika diperhatikan senario di Malaysia, kerjaya sebagai pemain ‘game’ yang meliputi lapangan e-sukan dan penstriman video masih lagi di skala kecil jika dibandingkan dengan negara luar. 

    Bagi seorang ‘streamer’ dan ‘content creator’, mereka ingin mengikut jejak langkah personaliti di YouTube seperti Pewdiepie dan tidak kurang juga mengimpikan studio sendiri untuk aktiviti penstriman video.

    Namun, mereka berdepan pula cabaran seperti kekangan kewangan, kekurangan publisiti dan kurangnya perkakasan elektronik untuk meneruskan kerjaya ini.

    Didorong keinginan untuk membantu merealisasikan impian ‘gamer’ ini, Michelle Tan Mei Yi, 27 hadir dengan satu idea yang memudahkan laluan mereka. Menerusi platform Fundeavour, Michelle berjaya menyatukan ‘gamer’ di Malaysia yang komited untuk berjaya dalam lapangan diceburi. 

    PENUBUHAN FUNDEAVOUR

    Menceritakan awal penubuhannya, graduan Universiti Oxford ini berkata, idea itu datang ketika bekerja di syarikat Khazanah Nasional dalam unit Pengurusan Strategik. “Saya terfikir idea untuk satu platform bagi ‘gamer’ berinteraksi dan mencari ruang untuk komersialkan diri mereka dengan cara yang betul.

    “Fundeavour ibarat Facebook dan LinkedIn untuk ‘gamer’ apabila boleh bertemu dan membuat carian kenalan dengan minat yang sama,” katanya yang kini menjalankan Fundeavour sepenuh masa. 

    Bagi membolehkan ‘gamers’ memperkukuhkan lagi portfolio mereka, Fundeavour menggunakan pendekatan baru iaitu komponen ‘quest’ sebagai garis panduan untuk ‘gamers’ dikenali dan memperoleh lebih ramai pengikut.

    Daripada mempelajari cara penstriman video berkesan dan memanfaatkan penggunaan aksesori komputer sebaik mungkin, pengguna boleh menebus mata untuk barangan elektronik seperti papan kekunci, fon kepala dan lain-lain yang dikhususkan untuk ‘game’. 

    MASIH DI PERINGKAT AWAL

    Berkongsi perancangan masa depannya, Michelle ingin memperluaskan rangkaian sosialnya dengan jenama terkenal bagi membantu ‘gamer’ yang baru berjinak-jinak dalam landasan ini.

    “Kebanyakan ‘streamer’ di negara ini boleh pergi lebih jauh jika ada penajaan dari jenama terkenal. Namun, bagi yang masih baru, sudah tentu mereka tidak ada pengalaman menjalinkan hubungan profesional bersama penaja.

    “Dari situ Fundeavour memberi pertolongan dengan meyakinkan pelabur terutama syarikat perkakasan elektronik untuk mendekati golongan ini dan seterusnya menjalinkan hubungan dua hala yang membantu kedua-dua pihak mencapai matlamat mereka,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bantu Gamer Capai Sasaran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top