My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 14 June 2017

    Baru Keluar Penjara Pun Tak Insaf



    Tidak insaf walaupun baru selesai menjalani hukuman akibat pecah masuk rumah pada tahun lalu, seorang lelaki sekali lagi ditahan polis di Kampung Tinagat, Batu 7, di sini, kelmarin, atas kesalahan sama. Dalam kejadian jam 10.30 malam, suspek berusia 32 tahun ditahan bersama seorang rakan berusia 19 tahun. 

    Difahamkan, kedua-dua suspek itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menyerbu sebuah rumah di kampung itu.

    “Sebaik tiba di rumah itu, suspek lelaki berusia 32 tahun ditahan di situ kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah. Selang 30 minit kemudian, rakan suspek iaitu remaja berusia 19 tahun kemudian ditahan di rumah lain di kampung sama.

    “Pelbagai barang disyaki hasil jenayah turut ditemui bersama suspek yang sebelum itu disembunyikan di kawasan semak berhampiran dengan rumah berkenaan.

    “Antaranya sebuah beg, kabel, ‘powerbank’, dua rantai leher berwarna putih, sembilan anting-anting berwarna putih dan dua gelang warna putih. “Suspek dan barangan itu dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Fadil berkata, ujian saringan air kencing mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu. Beliau berkata, suspek lelaki berusia 32 tahun pernah dihukum penjara selama setahun atas kesalahan pecah masuk rumah pada 2016.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Baru Keluar Penjara Pun Tak Insaf Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top