My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 20 June 2017

    Dana ISBSF Bantu Tampung Kerugian


    Kadang kala, perkhidmatan awam terutamanya bas henti-henti ada mengalami masalah kekurangan penumpang. Ini kerana, kadar kepadatan penduduk yang kurang disamping terpaksa bersaing dengan penyedia pengangkutan awam yang lain yang turut beroperasi di tempat yang sama.

    Mendengar keluh kesah penyedia perkhidmatan bas henti-henti ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah memperkenalkan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF) bagi menampung kerugian yang dialami oleh para penyedia perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara.

    Sebenarnya, dana ini telah diperkenalkan pada 20 Disember 2016 di mana dana ini telah memberi manfaat kepada 170 pengendali bas henti-henti di seluruh Semenanjung Malaysia. Ianya melibatkan kira-kira 630 buah laluan di mana ianya menyediakan perkhidmatan kepada kira-kira 417.8 juta penumpang.

    Sebenarnya, langkah ini disifatkan sebagai langkah sementara untuk menampung kerugian yang ditanggung oleh penyedia perkhidmatan bas henti-henti yang terjejas akibat kekurangan penumpang terutamanya bagi laluan sosial.

    Ianya juga memastikan perkhidmatan bas jenis ini tidak terjejas terutamanya di bandar-bandar kecil dan di kawasan luar bandar.

    Lihatlah bagaimana kerajaan menerusi SPAD benar-benar serius membantu mempertahankan mutu perkhidmatan bas henti-henti di seluruh Semenanjung Malaysia. Kerajaan menerusi SPAD komited untuk memastikan perkhidmatan bas jenis ini tidak terjejas walaupun kekurangan penumpang.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dana ISBSF Bantu Tampung Kerugian Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top