My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 13 June 2017

    Grab Malaysia Mohon Maaf Kes Rogol Penumpang



    Grab Malaysia menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung insiden penumpangnya didakwa dirogol oleh pemandu Grabcar. 

    Ketua Pengurus Grab Malaysia, Sean Goh berkata, pihaknya telah menyerahkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

    “Kami tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pemandu yang melakukan jenayah ataupun salah laku terutamanya kepada pelanggan. Siasatan polis dijalankan dan lelaki berkenaan dibatalkan daripada menjadi pemandu Grabcar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Sean berkata demikian bagi mengulas kejadian seorang peniaga online mendakwa menjadi mangsa rogol pemandu Grabcar malam kelmarin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Grab Malaysia Mohon Maaf Kes Rogol Penumpang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top