My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 20 June 2017

    Inilah Cara Politik Paling Keji Yang Diamalkan DAP - Siri 1


    Politik yang diamalkan pembangkang sebenarnya cukup keji untuk di sebut satu persatu. Ada sahaja usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan sedangkan hak memilih terletak di tangan rakyat yang diberi tugas 5 tahun sekali untuk menentukan sesebuah kerajaan. Namun bagi pembangkang, tidak kira bila sekalipun, kerajaan wajar di jatuhkan.

    Ketika berpeluang untuk bersua dengan seorang pegawai kepada salah seorang pemimpin tertinggi MCA yang tidak membenarkan namanya disiarkan, beliau mengakui, politik yang diamalkan oleh pembangkang terutamanya DAP, cukup keji dan terlalu bahaya dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini.

    Ketika mengimbau semula peranan besar DAP dalam politik pembangkang, beliau menyatakan, gerakan yang dilakukan oleh DAP sebenarnya berperingkat-peringkat dan digerakkan dengan cara yang cukup halus dan teratur.

    Lihat sahaja bagaimana Lim Kit Siang cuba mewujudkan persefahaman pertama dengan beberapa parti pembangkang di Malaysia terutamanya PAS. Pada ketika itu, DAP secara tidak sedar cuba mempergunakan PAS untuk menyucikan parti berkenaan yang dikenali sebagai parti ultra kiasu pada pandangan kaum Melayu.

    Pada masa yang sama, DAP cuba mempengaruhi pengundi kaum Cina untuk menyebelahi mereka pada sekitar 1998. DAP sedar, pada ketika itu, sukar untuk mengalihkan sokongan kaum Cina terhadap MCA dan oleh yang demikian, PAS ditugaskan untuk mempengaruhi undi kaum Melayu.

    Namun begitu, usaha yang digerakkan DAP ini nampaknya menemui kegagalan. Oleh yang demikian, pada 2003, DAP menggerakkan satu lagi gerakan bersama-sama PKR dan PAS dengan tujuan yang sama. Kali ini, DAP mempergunakan sehabis baik sentimen Anwar untuk mendapatkan sokongan di kalangan rakyat.

    Usaha ini sekali lagi menampakkan kegagalan apabila pada ketika itu, pengaruh dan cara yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi cukup memikat hati rakyat. Baik Lim Kit Siang mahupun Anwar, mereka kehilangan cara untuk memburukkan kerajaan sehingga Barisan Nasional mampu meraih kemenangan terbesar dalam dekad yang lepas.

    Melihat kepada kegagalan Barisan Alternatif memporak perandakan kecenderungan undi rakyat kepada Barisan Nasional, DAP menggunakan cara lain pula. Kali ini menerusi Pakatan Rakyat, DAP mempergunakan Anwar untuk memecah belahkan kaum di Malaysia. Antaranya adalah mewujudkan saling tidak mempercayai antara kaum di negara ini.

    Maka bermulalah corak politik keji di Malaysia. Umum sedia maklum bahawa Malaysia di diami oleh pelbagai kaum dan etnik serta berlainan budaya dan agama. DAP melihat, ini adalah salah satu cara untuk mereka mengganggu gugah ketenteraman kaum dan mereka memerlukan seorang "balaci" yang mampu merealisasikan impian mereka.

    Justeru, bukan satu perkara yang menghairankan apabila Anwar dipilih untuk menggerakkan perpecahan antara kaum ini. Bukankah ini satu gerakan yang cukup bahaya? Lihat sahaja bagaimana Anwar memainkan peranannya pada Himpunan BERSIH yang pertama pada 2007. Pada ketika itu, sudah mula wujud bibit perpecahan antara kaum Melayu dan Cina di negara ini.

    Hasilnya, pada 2008, Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional apabila rentak undi kaum Cina beralih pada DAP dengan propaganda yang menyatakan, kaum Melayu menjadikan kaum Cina sebagai bangsa kelas kedua di negara ini. Akibat pengurangan kerusi ini, Tun Abdullah memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan pada 2009.

    Bersambung...
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Inilah Cara Politik Paling Keji Yang Diamalkan DAP - Siri 1 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top