My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 19 June 2017

    Kekal Jenaka Tersendiri


    Despicable Me 3 bermula dengan Gru (Steve Carell) mengejar penjenayah yang menjengkelkan, Balthazar Bratt. Malangnya Bratt berjaya melepaskan diri dan Gru serta isterinya, Lucy (Kristen Wiig) dipecat. Tidak lama kemudian, Drew (juga Steve Carell), adik kembar Gru menjejaki semula abangnya kerana mahu mempelajari ilmu jenayah. 

    Gru mengambil kesempatan ini untuk menggunakan sumber kekayaan Drew dan membalas dendam terhadap Bratt. Jujurnya, empat rendisi Despicable Me termasuk filem ‘spin-off’ Minions sebelum ini berjaya mengekalkan momentum kualiti dan jenaka tersendiri.

    Ditambah pula kombinasi semangat Looney Toon yang sangat dekat dengan Pixar dan karakter yang kuat dibina pada setiap babak, Despicable Me 3 boleh dianggap terbaik setakat ini. Filem ini mampu menarik perhatian kanak-kanak tanpa perlu mengikut trend animasi terkini yang cuba menjadikan animasi lebih gelap, ‘moody’ dan dewasa.

    Di bawah pengarahan Coffin dan Balda, Despicable Me 3 menunjukkan keterujaan mampu berada di tahap terbaik tanpa meninggalkan intipati pengembaraan dan ‘mood’ yang ringan. Menariknya, mewujudkan watak penjenayah yang melakukan jenayah diiringi lagu runut popular 1980-an seperti lagu popular Michael Jackson dan Van Halen adalah suntikan genius!

    Animasi ini juga terbaik dari segi dinamik kekeluargaan. Setiap karakter berhubung antara satu sama lain dan ada kesanggupan untuk melakukan apa saja untuk menyelamatkan yang lain. Tambah pula karakter adik kembar iaitu Drew, sebenarnya menambah baik dinamik kepada watak Gru untuk terus berkembang ke filem lain selepas ini.

    Pastinya watak Minions, yang tidak pernah gagal mencuri tumpuan penonton muda dan dewasa. Jujurnya, untuk menghasilkan sekuel bukan mudah begitu juga trikuel tetapi Despicable Me 3 sekali lagi berjaya membuatkan penonton serta peminatnya ternanti-nantikan mereka.

    INFO

    • FILEM: Despicable Me 3
    • ARAHAN: Pierre Coffin, Kyle Balda
    • PELAKON: Steve Carell, Trey Parker, Kristen Wiig, Miranda Cosgrove, Dana Gaier, Russell Brand • GENRE: Animasi
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kekal Jenaka Tersendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top