My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 21 June 2017

    Kospirasi Mahathir Jatuhkan Kerajaan Samalah Erti Penderhakaan Kepada Negara

     

    Di seluruh dunia, penderhakaan adalah satu kesalahan yang paling besar di sisi undang-undang sesebuah negara. Pada kebiasaannya, hukuman bagi penderhaka adalah hukuman maut samada menerusi tembakan penembak tepat, tali gantung atau suntikan maut. Hukuman keras seumpama ini seringkali diamalkan oleh negara-negara berfahaman komunis.

    Berbicaraa tentang penderhakaan, sudah pastilah kita dapat melihat bagaimana kemaruknya pembangkang terutamanya Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sudah tiga kali menjadi pengkhianat kepada negara. Ketiga-tiga pengkhianatan ini dilakukan dengan menjemput kuasa asing mencampuri urusan negara untuk menjatuhkan kerajaan.

    Kali pertama pengkhianatan Mahathir adalah dengan mengupah Sarawak Report dan Bruno Manser Foundation untuk menyebarkan pelbagai cerita fitnah terhadap kerajaan menerusi transaksi melibatkan 1MDB, PetroSaudi dan Aabar Corporation. Kesemua ini dilakukan dengan memanipulasikan dokumen yang dimiliki oleh Xavier Andre Justo dengan mengheret beberapa pemimpin pembangkang.

    Kali kedua pula adalah penglibatan secara terus Mahathir terhadap pertuduhan pertama Department of Justice Amerika sekitar tahun lalu. Menerusi kenyataan Peguam Negara Amerika pada ketika itu, Lorreta Lynch mendakwa, terdapat penyelewengan berlaku dalam urusniaga 1MDB dengan Aabar Corporation sehinggakan timbul nama Malaysia Official 1 (MO1).

    Menariknya, tuduhan ini akhirnya ditarik balik oleh DoJ dengan menggugurkan segala tuduhan yang dilemparkan. Sepanjang kes berkenaan berjalan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang dilihat berulang alik ke beberapa negara hanya untuk memanjangkan laporan kepada pihak berkuasa dengan harapan, negara-negara berkenaan mengambil tindakan terhadap kerajaan.

    Terbaru, Mahathir dilaporkan telah mengeluarkan dana sebanyak RM 50 juta untuk kepada kem Hillary Clinton bagi memastikan kem berkenaan membuat laporan kepada DoJ. Apa yang melucukan, penglibatan Mahathir ini didedahkan sendiri oleh Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada tiga orang Exconya.

    Melihat kepada ketiga-tiga tindak tanduk jahat Mahathir ini, bolehlah ianya dianggap sebagai penderhakaan kepada negara dan paling teruk sekali, menderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong. Bukankah kerajaan yang ada hari ini dipilih oleh rakyat dan mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong?

    Lebih memburukkan keadaan, Mahathir sendiri mengkhianati sistem Demokrasi BerParlimen yang diamalkan negara sejak sekian lama. Ini kerana, kerajaan yang ada pada hari ini memerlukan mandat baru setiap lima tahun daripada rakyat di mana Mahathir cuba menggerakkan gerakan terkutuknya diluar waktu yang sepatutnya.

    Belum pernah dalam sejarah negara, sesebuah kerajaan dijatuhkan di luar waktu pilihan raya dan Mahathir dilihat sengaja cuba menggerakkan sesuatu yang dianggap di luar kebiasaan demi mahu memuaskan nafsu serakah gila kuasanya. Dia sudah tidak memperdulikan maruah negara sehingga sanggup mengupah pihak asing untuk mencampuri urusan negara.

    Nyata sekali, sikap Negarawan yang pernah disandangnya sudah luput sama sekali. Mahathir hari ini adalah seorang pengkhianat negara dan paling teruk lagi, meletakkan keinginan peribadi jauh lebih tinggi dari menjaga dan memelihara maruah negara. Mungkin sahaja ada pihak boleh mempertimbangkan untuk mengenakan hukuman sekeras-kerasnya kepada manusia terkutuk seperti ini.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kospirasi Mahathir Jatuhkan Kerajaan Samalah Erti Penderhakaan Kepada Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top