My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 10 June 2017

    May Gagal Dapat Mandat Penuh



    Perdana Menteri Britain, Theresa May tidak menolak kemungkinan Parti Konservatif membentuk kerajaan campuran selepas gagal meraih kemenangan majoriti pada pilihan raya Parlimen kelmarin. Menurut beliau, Parti Kesatuan Demokratik Ireland Utara (DUP) bersedia membantu bagi membolehkan Britain meneruskan rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU). 

    May semalam menemui Ratu Elizabeth untuk mendapat persetujuan membentuk kerajaan baharu selepas pilihan raya yang menyaksikan Parti Konservatif kehilangan majoriti di Dewan Rakyat. 

    “Kami akan terus bekerja bersama rakan dan sekutu daripada DUP. Dua parti ini telah lama menjalin hubungan erat sejak beberapa tahun lalu sekali gus memberi keyakinan untuk bekerja bersama-sama demi kepentingan seluruh United Kingdom,” kata May.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di hadapan bangunan kediaman rasmi Perdana Menteri di Dow­ning Street di sini selepas menghadap Ratu Elizabeth. Sokongan daripada DUP dikatakan membolehkan Parti Konservatif mencapai jumlah majoriti mudah 326 kerusi seperti yang diperlukan dalam Parlimen.

    May sebelum itu berdepan gesaan supaya meletak jawatan oleh pencabarnya daripada Parti Buruh, Jeremy Corbyn selepas gagal mendapat jumlah kerusi mencukupi untuk menubuhkan semula kerajaan. Parti Konservatif May memenangi 318 daripada 650 kerusi Dewan Rakyat iaitu majoriti kurang lapan kerusi, manakala Parti Buruh yang berhaluan kiri memperoleh 267 kerusi.

    “Pada masa ini, negara memerlukan tempoh kestabilan. Jika Parti Konservatif menang kerusi terbanyak dan undian terbanyak, maka ia akan memastikan bahawa kita mempunyai tempoh kestabilan dan itu yang kita lakukan,” kata May.

    Sementara itu, selepas memenangi kerusi di utara London, Corbyn berkata, cubaan May untuk memenangi mandat lebih besar telah memakan diri sendiri. “Mandat yang beliau peroleh ialah hilang kerusi Parti Konservatif, hilang undi, hilang sokongan dan hilang keyakinan,” katanya.

    May pernah berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum Britain secara mengejut tujuh minggu lalu kerana beliau yakin akan meningkatkan majoriti kerusi sebelum melancarkan rundingan untuk meninggalkan Kesatuan Eropah atau Brexit.

    Sebaliknya, May mengambil risiko untuk tersingkir selepas hanya 11 bulan memerintah negara yang merupakan tempoh singkat bagi mana-mana perdana menteri. “Apa yang terjadi, Theresa akan menjadi ‘roti bakar’,” kata bekas pemimpin anti-EU daripada Parti Bebas United Kingdom (UKIP), Nigel Farage.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: May Gagal Dapat Mandat Penuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top