My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 8 June 2017

    Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’



    Anak jati Sabah digesa menilai secara positif sumbangan pemimpin negeri itu yang terkorban dalam nahas pesawat Nomad pada 6 Jun 1976 lalu kerana tanpa mereka Sabah tidak mungkin sehebat hari ini. 

    Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Donald Mojuntin berkata, tokoh pemimpin terbabit merupakan pemimpin perintis yang telah membuka laluan untuk Sabah mencatat pencapaian yang dikecapi hari ini.

    “Jika tidak kerana mereka, kesedaran politik, pergerakan politik dan kerelevenan politik Sabah tidak akan mencapai tahap yang anda saksikan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas upacara memperingati tragedi itu di Tugu Peringatan Sembulan, dekat sini semalam.

    Turut dikenali tragedi ‘Double Six’, nahas itu mengorbankan 11 orang termasuk Ketua Menteri Sabah yang pertama Tun Mohammed Fuad Stephens, Menteri Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Peter Mojuntin, Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah Datuk Chong Tahin Vun, Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong dan Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Darius Binion.

    Donald yang juga anak mendiang Peter Mojuntin turut menggesa pihak-pihak yang berkenaan agar tidak terus mempolitikkan tragedi itu.

    Terdahulu, upacara memperingati Double Six itu dimulakan dengan tafakur selama seminit, disusuli upacara meletakkan lingkaran bunga yang didahului Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah dan diikuti wakil keluarga mangsa yang terkorban. Turut hadir isteri Allahyarham Mohammed Fuad, Toh Puan Rahimah Stephens.

    Donald juga berharap generasi muda Sabah mengetahui dan memahami peristiwa penting di sebalik tragedi tersebut dengan melawat Galeri Double Six yang terletak berhampiran Tugu Peringatan Sembulan.

    Sementara itu, Yong berkata upacara memperingati tragedi itu akan dilakukan setiap tahun dan mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke tugu peringatan tersebut bagi memberi penghormatan. “Kita tidak boleh mengubah sejarah namun kita boleh belajar daripadanya untuk mengubah masa depan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nilai Secara Positif Tragedi ‘Double Six’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top