My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 June 2017

    Perlukah Panic Button Di Pasang Di Perkhidmatan Grabcar?




    Beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini terhadap perkhidmatan Grabcar dan Uber, memang agak mengejutkan. Manakan tidak, beberapa kes dalam masa seminggu telah menyebabkan pandangan orang ramai terhadap perkhidmatan ini mula serong walaupun sebelum ini, belum pernah berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

    Melihat kepada beberapa kejadian sebelum ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) mengambil inisiatif memperkenalkan panic button yang akan dipasang kepada semua kenderaan yang menjalankan perkhidmatan grab dan uber di negara ini.

    Persoalannya, perlukah panic button ini di pasang kepada semua penyedia kenderaan grab dan uber? Sekali imbas, ia mungkin akan memberi tambahan terhadap perbelanjaan penyedia perkhidmatan ini.

    Namun, berdasarkan kepada ulasan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, ianya dilihat sebagai satu keperluan yang wajib ada kepada setiap kenderaan grab. Ini kerana, selain daripada membantu keselamatan penumpang, panic button ini juga akan disambungkan terus kepada pihak PDRM bagi memantau dan mengambil tindakan pantas sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

    Setidak-tidaknya, dengan pemasangan panic button ini akan menjanjikan keselamatan penumpang akan terpelihara. Paling utama, para pengusaha GrabCar juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPAD bagi menangani sebarang kejadian yang tidak diingini atau masalah kepada penumpang pada masa akan datang.

    Ini merupakan satu langkah yang baik yang diperkenalkan oleh kerajaan menerusi SPAD bagi memastikan keselamatan dan keperluan pengguna kenderaan awam seperti ini berada pada tahap optimum bagi mengembalikan semula keyakinan pengguna terhadap penyedia perkhidmatan awam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perlukah Panic Button Di Pasang Di Perkhidmatan Grabcar? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top