My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 10 June 2017

    Pogba Kata Mourinho 'Memang Istimewa'



    BOS Manchester United Jose Mourinho berhak gelaran ‘The Special One’ kerana mampu membuat keputusan mencabar mencipta kejayaan, kata pemain tengah United, Paul Pogba, hari ini. 

    Pengurus Portugal penuh berkarakter itu meraih tiga piala pada penampilan pertama bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terbabit.

    Mourinho menjulang Perisai Komuniti, Liga Europa dan Piala Liga tetapi mendapat kritikan berikutan prestasi sederhana EPL menyaksikan United sekadar berada di tangga keenam.

    Pogba mempertahankan pengurus terbabit dan memuji formasi bersesuaian membolehkan United menewaskan Chelsea untuk kali pertama dalam tempoh lima tahun yang membuktikan kemampuan Mourinho.

    "Dia istimewa (Special One) kerana dia menang," kata Pogba. "Ada masanya dia melakukan perkara melampau. Menentang Chelsea, dia menukar formasi taktikal sebelum perlawanan”.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pogba Kata Mourinho 'Memang Istimewa' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top