My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 17 June 2017

    Radius SAR Warga Emas Hilang Diperluas Sehingga 20km



    Radius pencarian seorang warga emas yang masih hilang di dalam hutan Mangkupa di Kampung Popok Kota Marudu diperluas sehingga 20 kilometer dari lokasi kejadian ke kawasan sekitarnya pada hari keenam operasi. 

    Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata kawasan pencarian itu meliputi kawasan darat ke laut bermula dari hutan paya bakau sehingga ke pesisir pantai.

    “Operasi mencari dan menyelamat (SAR) juga dilancarkan dengan penggunaan ‘boat inflatable’ dan bantuan drone bagi mendapatkan sudut pandangan dari udara ke sepanjang kawasan pencarian mangsa,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Kenderaan Operasi dan Logistik Bencana di Dataran Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, kelmarin.

    Mulliadi berkata setakat ini, nasib belum menyebelahi pasukan SAR untuk menemuI mangsa bagaimanapun pihaknya akan tetap meneruskan operasi itu sehingga mendapat makluman lanjut daripada pihak polis.

    “Pasukan SAR masih menjalankan operasi pencarian dan kita akan menunggu keputusan selanjutnya daripada pihak polis sama ada operasi ini diteruskan dengan tambahan masa sehingga dua atau tiga hari atau sebaliknya,” katanya.

    Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Mulliadi berkata seramai 2,307 anggota APM akan bertugas dalam Ops Bantu sepanjang musim perayaan. “Kesemua anggota akan berada di jalan-jalan utama seluruh Sabah bagi membantu pengguna jalan raya yang mengalami kesukaran semasa pemanduan balik kampung atau perjalanan rutin mereka.

    Setiap anggota akan bersedia di 13 laluan utama seluruh Sabah untuk bersiap sedia melaksanakan pelbagai bantuan termasuk menukar tayar, menggantikan brek kereta yang sudah haus dan membantu isteri pemandu yang ingin bersalin sebagaimana dalam operasi sebelum ini,” katanya.

    Menurutnya Ops Bantu kali ini adalah operasi kali ke-15 sejak ia dilaksanakan pada 2009 sempena Hari Raya Aidilfitri dan juga Tahun Baharu Cina.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Radius SAR Warga Emas Hilang Diperluas Sehingga 20km Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top