My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 10 June 2017

    Reman 32 Pelajar UPNM Dilanjut



    Mahkamah Majistret memerintahkan tahanan reman melibatkan 32 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilanjutkan hingga 14 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar universiti itu akibat didera dengan seterika wap.

    Bagaimanapun, Majistret Sharifah Muhaymin Abdul Khalib mengeluarkan perintah supaya empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dibebaskan semalam dengan jaminan polis. 

    Prosiding Mahkamah Majistret itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga pelajar-pelajar terbabit yang ditahan di dalam lokap tersebut sejak 2 Jun lalu.

    Dalam pada itu, peguam bagi tiga orang pelajar Uniten, Sukhdave Singh Kashmir Singh berkata, anak guamnya telah dibebaskan dan dibenarkan untuk dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Reman 32 Pelajar UPNM Dilanjut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top