My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 17 June 2017

    SPAD Akan Pertingkat Pengawasan Keselamatan Di Musim Perayaan





    Di kala semua umat Islam di negara ini sedang bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang diijangka akan jatuh pada 25 Jun ini, pihak berkuasa pula sedang bersiap sedia mempertingkatkan keselamatan jalan raya dan pengangkutan awam untuk mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan kemalangan jalan raya.

    Untuk ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) diberitakan akan mempertingkatkan pengawasan dan keselamatan pengguna pengangkutan awam di musim perayaan kali ini.

    Saban tahun, ada sahaja kemalangan yang berlaku melibatkan pengangkutan awam dan kali ini difahamkan, SPAD bertekad untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kemalangan. Untuk ini, SPAD dijangka akan membuat pemantauan berterusan di terminal-terminal bas ekspress di seluruh negara dengan tumpuan akan diberikan di Terminal Bas Bersepadu (TBS).

    Untuk menjayakan pemantauan seumpama ini, pihak SPAD juga akan bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengankutan Jalan dan beberapa agensi lain di mana kerjasama ini akan turut di perluas kepada operasi-operasi sekatan jalan raya mahupun pemantauan secara berterusan.

    Apa yang diharapkan oleh SPAD kali ini adalah, kesemua operator penyedia pengangkutan awam terutamanya bas-bas ekspres dapat mengoptimumkan tahap keselamatan pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka. Paling utama, kesemua kenderaan yang disediakan hendaklah di selenggara dengan baik sebelum memulakan operasi atau perjalanan yang jauh.

    SPAD juga mengingatkan kepada semua pihak agar mematuhi peraturan yang telah di tetapkan di mana sebarang perlanggaran peraturan, pihak SPAD tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPAD Akan Pertingkat Pengawasan Keselamatan Di Musim Perayaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top