My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 17 June 2017

    Ujian Getir Lawan England



    Ketua jurulatih skuad hoki negara Stephen Van Huizen mengakui barisan pemainnya bakal berdepan ujian getir bertemu England pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London hari ini. 

    Apa tidaknya, selain mempunyai barisan pemain terbaik, Stephen percaya lawan juga pasti mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri. “Saya tak nafikan England mempunyai ramai pemain berkualiti.

    “Asas permainan hoki mereka sangat bagus dan England mempunyai karakter tidak mahu memberikan ruang kepada lawan untuk mencipta gerakan. Barisan pemain mereka juga cukup berdisiplin. Beraksi di tempat sendiri pasti memberikan kelebihan buat mereka. Sudah pasti mereka tidak mahu tewas kepada kami,” katanya.

    Bagaimanapun Stephen tidak mahu anak buahnya cepat menyerah kalah, sebaliknya menuntut mereka memberikan yang terbaik dan cuba mengutip mata. “Saya hanya akan dapat merencana apa yang perlu dilakukan. Kami akan mencuba untuk mendapatkan keputusan terbaik,” katanya.

    England sudah mencatat satu kemenangan selepas menewaskan China 2-0 pada aksi pembuka tirai, kelmarin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ujian Getir Lawan England Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top