My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 14 June 2017

    XPDC Dekati Masyarakat Islam Eropah



    KUMPULAN heavy metal popular, XPDC bakal mengembara ke Eropah bagi menjayakan program Kembara XPDC ke Bumi Eropah, Oktober ini. XPDC yang dianggotai Ali (penyanyi), Izo (gitar), Eddie (bass) dan Lola (dram) akan ke London, Manchester, Liverpool, Dublin, Paris dan Amsterdam bagi mengadakan persembahan termasuk berdakwah. 

    Ketua projek Kembara XPDC ke Bumi Eropah, Mubarak Hatta berkata, tujuan utama mereka ke Eropah adalah untuk mendekati masyarakat Islam terutamanya warga Malaysia yang menetap di sana.

    "Dengan itu, kita dapat melihat cara hidup mereka di sana, bagaimana mereka beribadah, mendapatkan makanan halal dan sebagainya. Selain mendekati masyarakat Islam di Eropah, XPDC juga akan menghiburkan peminat mereka di negara-negara yang dilawati menerusi acara persembahan.

    "Kami juga membawakan Maulana Wan Hilmy Wan Mohamed yang akan berkongsi ilmu dan juga pelakon, Shamsul Ghau Ghau untuk turut serta sebagai moderator," katanya.

    Dibawakan khas oleh Pharmasa Nutrition Sdn Bhd, program kembara ini akan dirakamkan dalam bentuk travelog sebanyak 13 episod, dan akan disiarkan di salah satu stesen TV tanah air. "Stesen dan salurannya masih dalam perbincangan. Apa yang pasti, ia akan menjadi program travelog dan menyebarkan mesej positif kepada penonton," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: XPDC Dekati Masyarakat Islam Eropah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top