My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 15 August 2017

    538 Murid Terjejas Akibat Banjir



    Seramai 538 murid di sembilan buah sekolah di Sebauh, Baram, Kanowit dan Limbang terjejas akibat banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. 

    Sembilan buah sekolah yang terjejas itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu, SK Kuala Sigu, SK Bukit Balai, SK Sungai Genaan, SK Bukit Mawang, SK Kuala Binyo, SK Long Bemang, SK Nanga Balingiau dan SK Ukong.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, SK Kuala Kebulu di Sebauh merupakan antara sekolah yang terjejas teruk apabila dinaiki air setinggi 1.2 meter akibat hujan berterusan di kawasan tersebut.

    Kata JPBNS, SK Kuala Sigu turut dinaiki air banjir setinggi 0.6 meter, namun keadaan di situ masih terkawal. “Sekolah-sekolah lain pula ditutup disebabkan jalan dan jambatan yang menghubungkan sekolah terbabit masih ditenggelami banjir.

    “Bagaimanapun, tempoh penutupan sekolah terlibat belum dapat dipastikan lagi sehingga keadaan kembali pulih,” kata JPBNS dalam satu kenyataan di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 538 Murid Terjejas Akibat Banjir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top