My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 3 August 2017

    Akhirnya, Mahathir Serlahkan Bahawa Dia Adalah Hamba Suruhan DAP

     


    Jika kita tanyakan kepada Tun Dr Mahathir sekitar tahun 1980 sehingga awal tahun 2000, apa pendapat dia tentang DAP, pastinya Mahathir akan menyatakan bahawa parti berkenaan merupakan parti ultra kiasu yang bertujuan untuk menjahanamkan kedudukan kaum Melayu di Malaysia.

    Dia juga pernah menyatakan bahawa, sekiranya DAP mendapat kuasa di Malaysia, pastinya orang-orang Melayu akan menjadi hambanya. Paling dia bimbangi dahulu adalah impian DAP melaksanakan idealogi Malaysia Malaysiannya yang dilihat membawa imej Republik ke dalam Malaysia.

    Namun, siapa sangka, kebencian yang dizahirkan Mahathir kira-kira beberapa belas tahun yang lalu kini menjadi kesukaannya. Jika dahulu, dia mendakwa, dia tidak mahu menjadi hamba DAP, hari ini, Mahathir menunjukkan bahawa dia sudahpun menjadi hamba suruhan DAP disaat usianya sudah mencecah angka 92 tahun.

    Hari ini, Mahathir bersama-sama beberapa orang pemimpin Pakatan Harapan bertindak menjadi "office boy" kepada DAP dengan menghantar surat terbuka pemimpin DAP yang kononnya mewakili pemimpin Pakatan Harapan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, pagi tadi.

    Jika kita melihat dari sudut kemanusiaan, memang agak menyedihkan seorang ahli politik yang satu ketika dahulu hebat beraksi di pentas-pentas politik, hari ini tidak ubah seperti hamba suruhan. Bukankah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berada di Parlimen hari ini? Kenapa mereka tidak menghantar surat terbuka berkenaan sendiri? Kenapa menyuruh Mahathir?

    Inilah rentak sebenar DAP yang akan menggunakan sesiapa sahaja asalkan kemahuan mereka tercapai. Mungkin DAP merasakan kehadiran mereka tidak diterima oleh Istana dan atas alasan itulah kenapa Mahathir disuruh untuk menghantar surat terbuka DAP ini kepada YDPA. Memang memalukan dan cukup menyedihkan nasib Mahathir di penghujung usia ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akhirnya, Mahathir Serlahkan Bahawa Dia Adalah Hamba Suruhan DAP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top